Rabu, 18 April 2012

CARA BUAT AYAT YANG BETUL DALAM BAHASA ARAB

المَفْعُوْلُ بِه
  1.  ِأَكَلَ مُحَمَّدُ فِى المَطْعَم    maksud ayat ini ialah" Muhammad telah makan di kantin  " ayat ini nampak macam betul dari segi maksudnya (dalam bahasa malaysia) tetapi dalam bahasa arab ayat ini tidak lengkap dan salah.
  2. Sebab pertama salah ayat ini ialah tiada " المفعول به " iaitu yang kena buat (yang kena makan tiada dalam konteks ayat ini)
  3. Sebab yang kedua ayat tersebut tergantung "kita boleh tanya muhammad makan apa di kantin ?
  4. Sebenarnya kita boleh kata " أَكَلَ مُحَمَّدُ المَوْزَ فِى المَطْعَم " Muhammad telah makan pisang di kantin  ".Bila begini baru lah ayat ini lengkap dan betul tata bahasanya dalam bahasa arab

Sila lihat ayat-ayat di bawah ini :

  1.  ِقََرَأَ محمدُ فِي الغُرْفَة         Muhammad telah membaca di dalam bilik
  2.  ِشَرِبَ  محمدُ فِي البيت   Muhammad telah minum di dalam rumah
  3.  ِلَعِبَ محمدُ فِي الملعب       Muhammad telah bermain di padang
  4.  ِِكَتَبَ محمدُ فِي الفصل       Muhammad telah menulis di dalam kelas
  • Nampaknya semua ayat-ayat di atas tidak lengkap dan memerlukan adanya المفعول به 
  • Jadi untuk melengkapkan ayat ini kita perlu mengisi المفعول به selepas  مُحَمَّدُ dengan satu perkataan isim yang sesuai
  • Sila lihat pembetulan ayat-ayat di atas setelah di isi dengan المفعول به dan ianya menjadi yang lengkap

  1.  ِقَرَأَ محمدُ الكتابَ فِي الغُرْفَة       Muhammad telah membaca buku di dalam bilik
  2.  ِشَرِبَ  محمدُ الماءَ فِي البيت   Muhammad telah minum air di dalam rumah
  3.  ِلَعِبَ محمدُ الكرةَ فِي الملعب       Muhammad telah bermain bola di padang
  4.  ِِكَتَبَ محمدُ الرسالةَ فِي الفصل  Muhammad telah menulis surat di dalam kelas


Qasidah asiqs 2013

Qasidah asiqs 2013
Villa Asiqs Shah Alam

latihan bahasa arab asiqs dan buku rujukan