Ahad, 15 April 2012

TOM YAM CAMPUR RINGKAS RESEPI ASLI TANPA PERASA TAMBAHAN

Assalamualaikum


Masakan Tom Yam di Malaysia ni dah menjadi masakan yang terkenal dan ramai peminatnya di kalangan masyarakat kita terutama masyarakat Melayu,Cina,India dsb meminati masakan ini.

Tapi kebanyakan mereka hanya tahu order kat Restauren kemudian makan itu aje,pernah tak nak cuba masak sendiri dengan air tangan kita sendiri dan cuba rasa masakan kita sendiri.Mungkin ramai yang mengadu macam mana nak buat Tom Yam tu,pada saya resepi saya hanya campak aje asal kan ada rasa masam pedas manis masin dan nampak sodap nak di makan.

Dalam Blog ni mungkin ramai yang nak tahu betul ke saya pandai memasak atau hanya saya copy paste aje dalam internet...oh tidak...ya tuan2...sebenarnya saya memang minat memasak dan rajin mencuba resepi kat luar sana dengan cita rasa saya sendiri..itu lah yang sebenarnya.dan resepi tom yam pun sama jugak

Sekarang kita cerita bahan2 nya : ( untuk makan 5 orang atau lebih )

ayam 200 g  ( potong biasa)
udang 100 g ( dibuang kepala)
sotong 100 g ( dipotong biasa sahaja)
daging 100 g (dipotong sedang2)
serai 8 batang (diketuk)
limau purut 1 biji @ 3 helai daunnya kalau tak ada buahnya
tomato 4 biji (2 biji potong 4,2 biji lagi potong dadu)
daun ketumbar 10 g
bawang holand 3 biji
1 batang saderi  ( potong serong)
lada kecil 5 biji (ikut tuan2 kalau nak pedas isi aje 20 biji)
limau nipis 5 biji (kalau tak ada asam keping pun boleh 5 keping)
satu sudu besar gula pasir ( ganti perasa aji no moto dll)
Garam secukup rasa (kalau nak sedap pakai garam bukit halalgel bukan garam kimia)

Cara masak

Cara masak mudah aje, masuk kan air ke dalam periuk 300 ml atau lebih (agak-agak la) kemudian masuk bawang serai dan bawang holand semua sekali (tak payah goreng dengan minyak) tunggu mendidih ,kemudian masuk kan daging dulu dalam 10 minit,kemudian baru masuk ayam 5 minit ,kemudian baru masukan sotong ,udang .Selepas 5 minit masukkan asam limau atau asam keping  tomato potong 4,lada kecil (ikut kesuaian ).Akhir sekali masukan garam secukup rasa tomato di potong dadu,batang saderi dan daun ketumbar di potong halus kemudian tutup api, itu aje ,senang kan, Selamat Mencuba.

 p/s:

Jangan lupa ketika memasak tu Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan berzikir kepada Allah mudah2an masakan kita menjadi penyatu hati anak-anak, suami isteri, rakan taulan dan sebagainya serta Allah campak kan kasih sayang sesama kita.


Qasidah asiqs 2013

Qasidah asiqs 2013
Villa Asiqs Shah Alam

latihan bahasa arab asiqs dan buku rujukan