Rabu, 9 Mei 2012

CARA PAGAR KAWASAN PERKHEMAHAN ANDA



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَتُه

Saya paparkan " CARA PAGAR KAWASAN PERKHEMAHAN ANDA " di blog ini untuk kebaikan bersama-sama di dalam melindungi anak-anak kita dan kita sendiri dari terkena perkara-perkara yang tidak di ingini semasa melakukan aktiviti perkhemahan di sesuatu tempat yang kita jalankan,mudah-mudahan Allah senantiasa bersama kita dan dijauhkan segala ancaman dan gangguan manusia ,jin serta binatang ,amin.


 ِبِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Sila ikut susunan di bawah ini ketika anda ingin memagar kawasan perkhemahan anda, caranya adalah seperti berikut:

1-Baca Al Fatihah
2-Baca Surah Al Baqarah Ayat 1-5 (  ...الم ذلك الكتاب لا ريب فيه هدى للمتقين )
3-Baca Ayat Kursi Wakaf 9 (seperti diterangkan di bawah nanti)
4-Baca 3 Ayat di akhir al Baqarah no 284-286 (...لله ما في السموات والأرض وإن تبدوا ما في أنفسكم أو تخفوه
5-Baca 3 Qul ( قل هو الله أحد , قل أعوذ برب الفلق, قل أعوذ برب بالناس )
6-Baca 7 kali Al Ikhlas (di tiup mengikut susunan iaitu bermula dari depan kanan kiri  atas bawah belakang dan yang akhir sedut ke dalam diri sendiri-bukan di tiup)  
7-Jalan setiap satu penjuru membaca satu ayat Kursi wakaf 9
8-Akhir sekali baca doa ini:
    ِاللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الخَيْرَ هَذَا المَكَانَ وَالخَيْرَ مَا فِيْه  "
 "   وَنَعُوْذَ بِكَ الشَّرَّ هَذَا المَكَانَ وَالشَّرَّ مَا فِيْه
bermaksud :
 "Ya Allah kami memohon kebaikan tempat ini dan kebaikan yang ada di dalamnya dan kami memohon dijauhkan kejahatan tempat ini dan kejahatan yang ada di dalamnya "

Penjelasan 


Maksud Ayat Kursi Wakaf 9 :

iaitu berhenti di sembilan tempat yang ada tanda berhenti ( ج / قلى / صلى )
seperti di dalam ayat ini 

  1. . الله لا إله إلا هو الحي القيوم
  2. . لا تأخذه سنة ولا نوم
  3. . له ما في السموات وما في الأرض
  4. . من ذا الذى يشفع عنده إلا بإذنه
  5. . يعلم ما بين أيديهم وما خلفهم
  6. . ولا يحيطون بشىء من علمه إلا بما شاء
  7. . وسع كرسيه السموات والأرض
  8. . ولا يؤده خفظهما
  9. . وهو العلي العظيم



Cara memagar ini saya belajar drp Ustaz Ariffin Aziz Nur Wahid Busrowi salah seorang bekas guru sekolah integrasi as syakirin seksyen 13 dan sahabat baik saya dunia akhirat. Sekarang beliau telah membuka consultant sendiri iaitu Hijrah Traning and Consultancy di seksyen 20 Shah Alam .(moga Allah berkati beliau dan keluarganya Amin Ya Rabbala 'Alamin).

Dulu beliau selalu memagar perkhemahan kami sepanjang sesi berlangsungnya perkhemahan sekolah SIAS mulai tahun 2001-2010.Jadi pada tahun ini 2012 saya rasa terpanggil untuk belajar memagar daripada beliau sebab kami hendak ke bukit cherakah selama 2H1M hari selasa dan rabu pada tarikh 8-9/05/2012 dalam program Qiamullail ASIQS di sana.

Alhamdulillah sepanjang program berlangsung tiada sebarang perkara yang tidak di ingini berlaku di sana dan kami pergi dengan selamat serta pulang pun dengan selamat.

p/s

 Cara di atas boleh juga digunakan untuk memagar rumah kita daripada masuk pencuri dan lain-lain.

Qasidah asiqs 2013

Qasidah asiqs 2013
Villa Asiqs Shah Alam

latihan bahasa arab asiqs dan buku rujukan